Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Perbarisan Hari Malaysia UKM

Berdasarkan sejarah, 16 Septermber 1963 merupakan hari penubuhan Malaysia yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang disaksikan oleh hampir 30,000 orang rakyat Malaysia. Upacara ini diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.  Tarikh bersejarah ini diraikan saban tahun bagi memperingati peristiwa pembentukan negara Malaysia yang berbilang kaum. Tidak ketinggalan juga, UKM juga mengambil kesempatan ini untuk meraikan Hari Malaysia yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku".  Sambutan Hari Malaysia di UKM diadakan pada 23 September 2018 bersamaan hari ahad. Bagi mengisi hari sambutan tersebut, pihak universiti mengadakan pertandingan perbarisan yang melibatkan 11 buah kolej kediaman pelajar. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Keris Mas, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain, Kolej Burhanuddin Helmi, Koleh Dato Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ungku Omar, Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Tun Syed Nasir dan Kolej Tun Dr Ismail. Pertandingan perbarisan in

PERSIAPAN MENJADI MAHASISWI UKM

Bismillahirahmanirrahim . Pada tanggal 31 Julai 2018, aku mendapat perkhabaran gembira daripada UPU bahawa aku diterima masuk ke UKM dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Hanya Allah SWT yang tahu bertapa bersyukurnya aku di saat itu. Berita itu segera aku khabarkan kepada ibu bapaku dan keluargaku, tidak lupa juga kepada guru-guru dan rakan-rakan seperjuanganku semasa di STPM. Jutaan ucapan tahniah dilontarkan kepadaku membuat aku sangat terharu.  Aku diarahkan untuk mendaftarkan diri pada 2 September 2018. Aku juga perlu menyediakan beberapa dokumen penting seperti laporan kesihatan diri, gambar passport,salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan kedua ibu bapa. Untuk pengetahuan umum, salinan dokumen-dokumen perlu disahkan oleh kakitangan kerajaan Gred 41 ke atas.  Dalam tempoh yang berbaki kurang dari sebulan, ku juga menggunakan masa yang ada untuk membeli kelengkapan diri untuk kegunaan di sana nanti. Keperluan diri termasu

MINGGU KEUSAHAWANAN KAB

Pada tanggal 13 November sehingga 16 November 2018, Kolej Aminuddin Baki telah menganjurkan Minggu Keusahawanan. Program ini bertapak di Taman Siswa Siswi iaitu  berhampiran dengan blok kolej K50D. Waktu operasi ialah bermula 4 petang sehingga 12 tengah malam. Minggu keusahawanan ini menjadi acara tahunan Kolej Aminuddin Baki, yang mana ia bertujuan untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mampu berdaya saing dalam menghasilkan idea dan kreativiti. Tapak gerai yang dikhususkan kepada setiap biro telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan. Dari situ, mereka melontarkan pelbagai cadangan yang menarik berkaitan item yang akan diniagakan bagi memaksimumkan kepuasan pelanggan bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan pelajar. Bagi Biro Siswi, kami telah bersepakat untuk menjual air float (berperisa A&W, Strawberry, Coke) , kentang goreng dan keropok lekor dengan harga RM2/item. Biro-biro juga ada yang menjual murtabak maggie, dim sum, laksa, burger Zing

BEAUTY GROOMING

Bismillah. Harini nak share entry berkaitan dengan program biro kolej aku. Seperti yang anda semua sedia maklum, aku merupakan penghuni Kolej Aminuddin Baki dan merupakan ahli untuk Biro Siswi (untuk pengetahuan korang, kita diberi peluang untuk memilih biro yang ada dan tugas ketua biro iaitu Majlis Eksutif Pelajar KAB akan cerap korang ke dalam biro dorang) Setiap biro semestinya akan buat aktiviti/ program melibatkan semua biro atau juga boleh hanya melibatkan satu biro sahaja. Antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh Biro Siswi ialah Zumba, yang dijalankan setiap hari Isnin pada jam 5.30 petang. Baru-baru ini, biro Siswi sekali lagi telah berjaya menganjurkan program penjagaan kulit wajah iaitu "Beauty Grooming". Beauty Grooming telah diadakan pada 1 Disember 2018 bertempat di Bilik Melur, Kolej Aminuddin Baki. Seramai 30 orang ahli biro, 1 orang felo iaitu Kak Syaza, 1 orang ketua biro iaitu Arina dan disertai juga oleh beberapa orang MEP siswi telah bersama-sa

6th Asean Art Festival 2018

Pada 28 November sehingga 3 Disember 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia mewakili Malaysia menjadi tuan rumah dalam penganjuran Asean Art Festival yang keenam. Sebanyak 8 buah negara ASEAN telah menyertai program ini, termasuklah Myanmar, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei dan jemputan khas ialah Korea Selatan. 6th Asean Art Festival dianjurkan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.  Apa yang menarik ialah dikir barat dipilih untuk membuat persembahan pembukaan. Ini menjadi simbolik kepada keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Kumpulan dikir barat ini terdiri daripada 30 orang ahli dan 5 orang pemuzik telah dibentuk. Lagu yang dibawakan dalam persembahan berdurasi 3 minit ini ialah ‘Selamat datang ke UKM” dan lagu 3 D. Persembahan pembukaan ini juga dihiasi dengan tarian pembukaan daripada ARTISUKMA.  Setelah tamat persembahan daripada setiap negara yang terlibat, semua peserta termasuklah kumpulan Dikir Ba

DURI KE MENARA GADING

Aku bukan seorang pelajar harapan, aku bermula dari bawah. Pelbagai onak dan duri telah aku tempuhi untuk menghabiskan zaman persekolahan aku di SMJKC Chung Cheng, Kelantan.       Antaranya ialah tidur malam ku hanya berbantalkan siku ditemani pen-pen dan lampu meja, aku hanya tidur kurang dari 5 jam kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan latihan yang dibekalkan oleh guru-guru bagi setiap mata pelajaran.        Aku pernah mendapat keputusan tercorot dalam kelas di Tingkatan 4. Setelah tamat pengajian di Tingkatan 4, aku mulai sedar kepentingan SPM dalam mencorak masa depanku. Bermulalah perjuangan aku berlumba-lumba untuk cemerlang dalam SPM. Alhamdulillah💘, usaha aku membuahkan hasil. Rezeki aku mengukir keputusan 5A 3B 1C 1D dan 1E dalam Sijil Pelajaran Malaysia. (aku ambil 11 subjek, iaitu 5 subjek asas+ fizik + kimia + biologi + prinsip perakaunan + bahasa cina)        Namun, rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading belum lagi ada. Aku tersilap isi borang UPU y

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)

TIPS DI ALAM UNIVERSITI

"Belajar kat universiti tak sama la macam belajar zaman SPM dulu," "Dekat universiti, belajar last minute pun boleh score laa,"  "Tak pergi kelas ke, taknak buat assignment ke, takde orang kesah." Pernyataan-pernyataan yang selalu kita dengar tentang universiti.  Jadi dalam entry kali ni, saya nak share beberapa tips berguna bila di alam universiti.   " Tak belajar pun insyaAllah boleh skor. Aku kan pandai." Bila dah masuk alam universiti, saya jadi sangat malas. Sebab apa ? Sebab takde orang yang pantau kita, takde orang yang ambil perduli apa yang kita buat. Tambahan pula, bila dah diterima masuk ke universiti, menyebabkan keyakinan diri yang melampau. kesannya, saya jadi tak fokus untuk belajar dan bersikap acuh tak acuh dalam tugasan yang diberikan. Ingatkan belajar last-minute bolehlah dapat at least B ke kan? Macam zaman SPM dulu.Ternyata saya salah sama sekali.  Anda kena ingat, tahap pengajian di Universiti tak sam

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-penghuni di kolej ni perlu rajin dalam men

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, peng