Aku bukan seorang pelajar harapan, aku bermula dari bawah. Pelbagai onak dan duri telah aku tempuhi untuk menghabiskan zaman persekolahan aku di SMJKC Chung Cheng, Kelantan.
Antaranya ialah tidur malam ku hanya berbantalkan siku ditemani pen-pen dan lampu meja, aku hanya tidur kurang dari 5 jam kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan latihan yang dibekalkan oleh guru-guru bagi setiap mata pelajaran.
Aku pernah mendapat keputusan tercorot dalam kelas di Tingkatan 4. Setelah tamat pengajian di Tingkatan 4, aku mulai sedar kepentingan SPM dalam mencorak masa depanku. Bermulalah perjuangan aku berlumba-lumba untuk cemerlang dalam SPM. Alhamdulillah💘, usaha aku membuahkan hasil. Rezeki aku mengukir keputusan 5A 3B 1C 1D dan 1E dalam Sijil Pelajaran Malaysia. (aku ambil 11 subjek, iaitu 5 subjek asas+ fizik + kimia + biologi + prinsip perakaunan + bahasa cina)
Namun, rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading belum lagi ada. Aku tersilap isi borang UPU yang mana program aku pilih tidak sesuai dengan kelayakan aku. (Aku mohon program Perakaunan kerana aku yakin aku terpilih disebabkan aku memperoleh A dalam subjek itu di SPM). Aku tidak berputus asa, aku buat rayuan. Namun, aku gagal. Aku kecewa dan berasa sangat merendah diri apabila ramai kawan-kawan aku yang berjaya diterima masuk ke universiti-universiti awam.
Sebelum keputusan UPU diumumkan, aku telah pun mendaftarkan diri sebagai pelajar Tingkatan 6 di sebuah sekolah berhampiran rumahku. Aku berniat menjadikan Tingkatan 6 sebagai pilihan terakhirku sekiranya tidak diterima masuk ke menara gading. Setelah beberapa minggu di Tingkatan 6, aku berazam untuk mengorak langkah untuk mencapai kejayaan.
Semasa di semester satu, aku berusaha bersungguh-sungguh disebabkan pointer semester satu sangat penting dan agak mudah untuk score. Tambahan pula, ada satu mata pelajaran yang aku belum pernah belajar di sekolah menengah iaitu Ekonomi. Alhamdulillah aku berjaya menguasai subjek tu.
Begitu juga dengan semester dua dan tiga, aku menghabiskan 10 jam di sekolah untuk sesi pembelajaran dan ulangkaji. Bukan itu sahaja, aku juga akan meneruskan sesi ulangkaji selepas solat Isya' sehinggalah lewat malam.
Pelbagai liku telah aku lalui sepanjang di Tingkatan 6, termasuklah skrip jawapan untuk peperiksaan percubaan aku dikoyak dan aku diminta untuk menampalnya semula. Awalnya, aku marah akan tindakan guru, namun sekarang baru faham bahawa tujuannya adalah supaya aku cemerlang dalam pelajaran.
Alhamdulillah, setelah setahun setengah aku berjuang untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Akhirnya, aku berjaya merangkul PNGK 3.58. Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan kepada hadrat Illahi kerana aku berjaya diterima masuk ke universiti pilihan utamaku, UKM dalam jurusan Sarjanamuda Pentadbiran Pernigaan dengan kepujian.
Akhir kata, kejayaan sebenar bukanlah ditentukan di peringkat SPM, tetapi sebenarnya SPM merupakan permulaan kepada kehidupan yang semakin mencabar.

Comments
Post a Comment