Skip to main content

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM


Bismillah.
 Assalamualaikum

Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail. 

Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki. 



Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)

         Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-penghuni di kolej ni perlu rajin dalam mengumpulkan merit kolej untuk terus tinggal di kolej pada semester yang akan datang. 

          Aktiviti yang boleh menyumbang kepada merit kolej termasuklah memberi sokongan kepada atlet kolej semasa SUKEM, menyertai/memberi sokongan kepada Perbarisan Hari Malaysia atau apa-apa aktiviti yang melibatkan kolej. Sebagai bukti kehadiran/ penyertaan, pelajar perlu mengambil gambar swafoto sebelum& selepas kejadian dan kempilkan bersama Borang Akitiviti Pelajar. Dalam borang BAP tu, pelajar juga perlu mengisi seara ringkas tentang aktiviti yang dijalankan selain beberapa maklumat diri. Borang BAP tu perlu dihantarkan kepada biro masing-masing.

Seterusnya, aku nak cerita berkaitan kemudahan yang terdapat di kolej aku ni, iaitu pejabat pentadbiran, bilik JMK, stor, bilik televisyen, surau Al-Falah, B-mart (koperasi), rumah tamu, kafeteria, tempat letak kereta dan perkhimdatan keselamatan. 

Aku teruskan lagi dengan bilik pelajar. Aku dapat blok K05D di aras 4. Alhamdulillah, bilik yang aku dapat ada beranda. Dalam bilik tu, ada 2 katil bujang, 2 almari, 2 meja, 2 kerusi, 2 meja belajar. Jadi, satu bilik untuk dua orang. 


Kesimpulannya, untuk terus tinggal di kolej, kena rajinkan diri untuk terlibat dengan aktiviti kolej. Dalam erti kata yang lain, perlu aktif kolej. 

Sekian, terima kasih. 























Comments

Popular posts from this blog

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, peng

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)

TIPS DI ALAM UNIVERSITI

"Belajar kat universiti tak sama la macam belajar zaman SPM dulu," "Dekat universiti, belajar last minute pun boleh score laa,"  "Tak pergi kelas ke, taknak buat assignment ke, takde orang kesah." Pernyataan-pernyataan yang selalu kita dengar tentang universiti.  Jadi dalam entry kali ni, saya nak share beberapa tips berguna bila di alam universiti.   " Tak belajar pun insyaAllah boleh skor. Aku kan pandai." Bila dah masuk alam universiti, saya jadi sangat malas. Sebab apa ? Sebab takde orang yang pantau kita, takde orang yang ambil perduli apa yang kita buat. Tambahan pula, bila dah diterima masuk ke universiti, menyebabkan keyakinan diri yang melampau. kesannya, saya jadi tak fokus untuk belajar dan bersikap acuh tak acuh dalam tugasan yang diberikan. Ingatkan belajar last-minute bolehlah dapat at least B ke kan? Macam zaman SPM dulu.Ternyata saya salah sama sekali.  Anda kena ingat, tahap pengajian di Universiti tak sam