Skip to main content

PERSIAPAN MENJADI MAHASISWI UKM


Bismillahirahmanirrahim
.

Pada tanggal 31 Julai 2018, aku mendapat perkhabaran gembira daripada UPU bahawa aku diterima masuk ke UKM dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Hanya Allah SWT yang tahu bertapa bersyukurnya aku di saat itu. Berita itu segera aku khabarkan kepada ibu bapaku dan keluargaku, tidak lupa juga kepada guru-guru dan rakan-rakan seperjuanganku semasa di STPM. Jutaan ucapan tahniah dilontarkan kepadaku membuat aku sangat terharu. 

Aku diarahkan untuk mendaftarkan diri pada 2 September 2018. Aku juga perlu menyediakan beberapa dokumen penting seperti laporan kesihatan diri, gambar passport,salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan kedua ibu bapa. Untuk pengetahuan umum, salinan dokumen-dokumen perlu disahkan oleh kakitangan kerajaan Gred 41 ke atas. 


Dalam tempoh yang berbaki kurang dari sebulan, ku juga menggunakan masa yang ada untuk membeli kelengkapan diri untuk kegunaan di sana nanti. Keperluan diri termasuklah pakaian yang dirasakan sesuai, cadar, bantal, selimut, kelengkapan untuk mandian dan apa-apa yang dirasakan sesuai. Aku juga diminta untuk membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1,200 secara atas talian. Setelah urusan memuat naik dokumen yang diminta dan proses pembayaran yuran pendaftaran, aku dibenarkan untuk mendaftar secara atas talian. 

Maka, hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk aku menjadi penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu mendaftarkan diri pada 2 September nanti. Pada 1 September 2018, aku dan keluargaku bertolak dari Kelantan menuju ke UKM. Kami bertolak di awal pagi yang hening dan selamat sampai di rumah ibu saudaraku pada petang hari. 


Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, kami sekeluarga berangkat ke UKM seawal jam 8 pagi untuk sesi pendaftaran. Semasa pendaftaran, aku hanya diminat surat pendaftaran secara atas talian yang telah aku cetak tempoh hari. Selepas itu, aku diberikan kad matrik dan kunci bilik yang menandakan aku secara sah menjadi warga UKM. 





Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-pen...

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, ...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Isl...