Skip to main content

MINGGU KEUSAHAWANAN KAB

Pada tanggal 13 November sehingga 16 November 2018, Kolej Aminuddin Baki telah menganjurkan Minggu Keusahawanan. Program ini bertapak di Taman Siswa Siswi iaitu  berhampiran dengan blok kolej K50D. Waktu operasi ialah bermula 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Minggu keusahawanan ini menjadi acara tahunan Kolej Aminuddin Baki, yang mana ia bertujuan untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mampu berdaya saing dalam menghasilkan idea dan kreativiti. Tapak gerai yang dikhususkan kepada setiap biro telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti keusahawanan. Dari situ, mereka melontarkan pelbagai cadangan yang menarik berkaitan item yang akan diniagakan bagi memaksimumkan kepuasan pelanggan bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan pelajar.

Bagi Biro Siswi, kami telah bersepakat untuk menjual air float (berperisa A&W, Strawberry, Coke) , kentang goreng dan keropok lekor dengan harga RM2/item. Biro-biro juga ada yang menjual murtabak maggie, dim sum, laksa, burger Zinger, sate ayam, char kuew tiao dan tidak kurang juga minuman yang ditawarkan seperti teh ais cincau, air JPJ dan bandung cincau pukau. Pada pendapat aku, harga yang ditetapkan juga sangat berpatutan dengan kemampuan pelajar.


Bukan itu sahaja, Minggu Keusahawan KAB juga diisi dengan pelbagi permainan yang menarik seperti Money Drop, Catur Bistari, Catch and Cash dan Wheel of Fortune selain cabutan bertuah.


Wheel of fortune
Setelah tiga hari berlangsung, Minggu Keusahawanan KAB ini akhirnya melabuhkan tirai dengan majlis perasmian penutupan secara ringkas selain dihiasi dengan persembahan dikir barat daripada artis Tunas Warisan.

Akhir kata, aku berharap program sebegini terus dijalankan bukan sahaja untuk mengasah bakat berniaga tetapi juga untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-pen...

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, ...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Isl...