Skip to main content

6th Asean Art Festival 2018




Pada 28 November sehingga 3 Disember 2018, Universiti Kebangsaan Malaysia mewakili Malaysia menjadi tuan rumah dalam penganjuran Asean Art Festival yang keenam. Sebanyak 8 buah negara ASEAN telah menyertai program ini, termasuklah Myanmar, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei dan jemputan khas ialah Korea Selatan. 6th Asean Art Festival dianjurkan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. 

Apa yang menarik ialah dikir barat dipilih untuk membuat persembahan pembukaan. Ini menjadi simbolik kepada keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Kumpulan dikir barat ini terdiri daripada 30 orang ahli dan 5 orang pemuzik telah dibentuk. Lagu yang dibawakan dalam persembahan berdurasi 3 minit ini ialah ‘Selamat datang ke UKM” dan lagu 3 D. Persembahan pembukaan ini juga dihiasi dengan tarian pembukaan daripada ARTISUKMA. 
Setelah tamat persembahan daripada setiap negara yang terlibat, semua peserta termasuklah kumpulan Dikir Barat dijemput untuk ke pentas untuk bersama-sama menari dan bergambar dengan satu sama lain. 

Sebagai kesimpulan, penglibatan seni dikir barat dalam persembahan yang melibatkan antarabangsa adalah wajar dijalankan kerana mampu mepromosikan keunikan yang terdapat dalam kebudayaan negara Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-pen...

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, ...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Isl...