"Belajar kat universiti tak sama la macam belajar zaman SPM dulu,"
"Dekat universiti, belajar last minute pun boleh score laa,"
"Tak pergi kelas ke, taknak buat assignment ke, takde orang kesah."
Pernyataan-pernyataan yang selalu kita dengar tentang universiti.
Jadi dalam entry kali ni, saya nak share beberapa tips berguna bila di alam universiti.
"Tak belajar pun insyaAllah boleh skor. Aku kan pandai."
Bila dah masuk alam universiti, saya jadi sangat malas. Sebab apa ? Sebab takde orang yang pantau kita, takde orang yang ambil perduli apa yang kita buat. Tambahan pula, bila dah diterima masuk ke universiti, menyebabkan keyakinan diri yang melampau. kesannya, saya jadi tak fokus untuk belajar dan bersikap acuh tak acuh dalam tugasan yang diberikan. Ingatkan belajar last-minute bolehlah dapat at least B ke kan? Macam zaman SPM dulu.Ternyata saya salah sama sekali.
Anda kena ingat, tahap pengajian di Universiti tak sama macam di sekolah dulu. Kalau di sekolah, bolehlah cikgu nak tolong tambah markah sana sini. Markah pun cuma bergantung kepada peperiksaan sahaja. Di universiti, biasanya memang susah pensyarah nak tambahkan markah unless anda rapat dengan mereka atau mereka tahu yang anda memang dah berusaha. Salah satu kursus yang saya ambil di UKM meletakkan 60% daripada markah gred daripada kerja kumpulan, dan hanya 40% daripada markah peperiksaan akhir. Memang takkan dapat A kalau anda nak skor di final exam sahaja. Ingat senang?
Dengan kata lain, jangan sengaja hadkan diri dengan bayangan kejayaan masa lepas.
"Harini jer aku ponteng kuliah."
Ponteng kuliah ni masalah besar tau. Sekali terjebak, pasti mengulanginya. Sebenarnya, ponteng kuliah mempengaruhi markah akademik awak selain menyebabkan awak ketinggalan dari segi pengagihan tugasan dan syllabus. Bila dah mula ketinggalan, awak akan rasa "Oh takpelah, nanti belajar sendiri bila ada masa lapang," "Sempat je nak cover balik topik tu,". Maka bermulalah percambahan masalah apabila itu hanya dijadikan alasan dan penyedap hati walaupun tiada tindakan diambil. Kesannya, kita terus hanyut dalam dunia kita sendiri dan terus ketinggalan.
Keadaan akan jadi lebih teruk kalau lama-kelamaan, semangat kita untuk belajar terus menghilang. Kesannya, kita berputus asa untuk belajar. Dengan kata lain, jangan pernah untuk mencuba ponteng kuliah melainkan kalau keadaan betul-betul memaksa.
"Pastikan kerja siap"
Sepanjang semester ni, pastikan segala assignment disiapkan dan cuba skor dalam midsem. Pastikan anda tengok proforma (terdapat dalam iFolio UKM) setiap kursus untuk tahu berapa peratus yang diperuntukkan bagi setiap tugasan.
Siapkan assignment dan group work langkah utama yang akan banyak mempengaruhi markah akhir anda. Tolong buang sifat belajar last minute !
Sekian sahaja perkongsian saya, semoga bermanfaat💜
Siapkan assignment dan group work langkah utama yang akan banyak mempengaruhi markah akhir anda. Tolong buang sifat belajar last minute !
Sekian sahaja perkongsian saya, semoga bermanfaat💜
Seribu langkah bermula dengan satu langkah
Comments
Post a Comment