Skip to main content

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 





PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM:
- Perakaunan ( Tahun 2 )
- Pentadbiran Perniagaan
- Ekonomi
- Keusahawan dan Inovasi

1) PERAKAUNAN

Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian.

2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN

Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan risiko dan insurans. Jadi pelajar perlu skor pada tahun pertama untuk mendapat kos yang baik. Pada tahun ketiga kita akan membuat latihan industri dan membuat thesis. Semoga berjaya juga kepada pelajar yang ingin menyambung kos ini. Tempoh pengajian kos ini selama 3 tahun.

3) EKONOMI

Kos ini juga akan diambil pada tahun 1. Pada tahun kedua, pengkhususan kos ini juga akan diberikan. Pada tahun pertama kita akan belajar basic ekonomi, pada tahun kedua kita akan mula belajar mengikut pengkhususan yang akan kita dapat pada tahun kedua. Jadi pelajar yang benar-benar mahir mohonlah dalam kos ini. Pada tahun ketiga kita juga akan menjalani latihan industri dan membuat thesis. Itulah rutin sebagai pelajar di ukm. Pengajian ini juga selama 3 tahun.

4) KEUSAHAWAN DAN INOVASI

Kos ini baru sahaja ditubuhkan, jadi mungkin pelajar di UKM yang mengambil kos ini amat kurang berbanding kos yang lain. Tetapi kalau kita minat, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan yang mempunyai ciri keusahawan, ini adalah satu-satunya kos yang ditawarkan di UKM. Pengajian bagi kos ini juga turut selama 3 tahun. Pada tahun terakhir akan menjalani latihan industri dan membuat thesis.

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN




Goodluck semua!

Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-pen...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Isl...