Skip to main content

BEAUTY GROOMING

Bismillah.

Harini nak share entry berkaitan dengan program biro kolej aku. Seperti yang anda semua sedia maklum, aku merupakan penghuni Kolej Aminuddin Baki dan merupakan ahli untuk Biro Siswi (untuk pengetahuan korang, kita diberi peluang untuk memilih biro yang ada dan tugas ketua biro iaitu Majlis Eksutif Pelajar KAB akan cerap korang ke dalam biro dorang)

Setiap biro semestinya akan buat aktiviti/ program melibatkan semua biro atau juga boleh hanya melibatkan satu biro sahaja. Antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh Biro Siswi ialah Zumba, yang dijalankan setiap hari Isnin pada jam 5.30 petang.

Baru-baru ini, biro Siswi sekali lagi telah berjaya menganjurkan program penjagaan kulit wajah iaitu "Beauty Grooming". Beauty Grooming telah diadakan pada 1 Disember 2018 bertempat di Bilik Melur, Kolej Aminuddin Baki. Seramai 30 orang ahli biro, 1 orang felo iaitu Kak Syaza, 1 orang ketua biro iaitu Arina dan disertai juga oleh beberapa orang MEP siswi telah bersama-sama menjayakan program ini.

Lima orang beauty consultant, iaitu wakil daripada produk kecantikan Mary Kay dijemput untuk berkongsi ilmu. Apa yang telah dikongsikan ialah cara yang betul untuk mencuci muka, pemilihan produk kosmetik yang bersesuaian dengan jenis kulit, teknik penggunaan make up dan tips-tips kesihatan.

Pada pendapat aku, program kecantikan adalah wajar dianjurkan sebab kebanykan wanita tak tahu cara yang untuk jaga kulit muka mereka. Apa yang lebih parah ialah mereka sanggup beli produk 'timbang kilo' yang menjanjikan kesan seawal 2 hari untuk kelihatan cantik walhal memudaratkan diri mereka.

Sekian saja perkongsian aku, terima kasih.





Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-pen...

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, ...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Isl...