Skip to main content

Perbarisan Hari Malaysia UKM

Berdasarkan sejarah, 16 Septermber 1963 merupakan hari penubuhan Malaysia yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang disaksikan oleh hampir 30,000 orang rakyat Malaysia. Upacara ini diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman. 

Tarikh bersejarah ini diraikan saban tahun bagi memperingati peristiwa pembentukan negara Malaysia yang berbilang kaum. Tidak ketinggalan juga, UKM juga mengambil kesempatan ini untuk meraikan Hari Malaysia yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku". 

Sambutan Hari Malaysia di UKM diadakan pada 23 September 2018 bersamaan hari ahad. Bagi mengisi hari sambutan tersebut, pihak universiti mengadakan pertandingan perbarisan yang melibatkan 11 buah kolej kediaman pelajar. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Keris Mas, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain, Kolej Burhanuddin Helmi, Koleh Dato Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ungku Omar, Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Tun Syed Nasir dan Kolej Tun Dr Ismail. Pertandingan perbarisan ini bermula jam 8 malam di stadium UKM. 

Pada hari kejadian, setiap kolej menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing. Setiap kolej membawakan identiti yang unik seperti memakai busana tradisional, mempersembahkan kronologi pembetukan Malaysia. Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penghuni-penghuni kolej yang turut serta dalam memberi sokongan kepada perserta kolej masing-masing. 


Johan untuk Pertandingan Perbarisan Hari Malaysia berjaya dirangkul oleh Kolej Pendeta Zaaba, manakala Kolej Ibrahim Yaakub memenangi tempat kedua selain gangsa dimenangi oleh Kolej Aminuddin Baki. 

Kolej Pendeta Zaaba

Kolej Ibrahim Yaakub

Kolej Aminuddin Baki
                                  
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang,
 semua peserta dan tidak dilupakan juga kepada semua yang sudi memberi  sokongan kepada sambutan Hari Malaysia. Semoga sambutan Hari Malaysia pada masa akan datang akan lebih meriah dan menarik. 


Comments

Popular posts from this blog

KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM

Bismillah.  Assalamualaikum Secara amya, terdapat 11 buah kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antaranya ialah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Rahim Kajai, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaba, Kolej Dato Onn, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Ungku Omar, Kolej Tun Syed Nasir, Kolej Ibu Zain dan Kolej Tun Dr Ismail.  Untuk lebih terperinci, aku fokuskan pada kolej kediaman yang aku huni - Kolej Aminuddin Baki.  Aku merupakan pelajar Tahun 1 bagi sesi 2018/2019 . Aku terpilih menjadi penghuni Kolej Aminuddin Baki atas sebab aku merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. (yang mana jarak kolej dan fakulti hanya mengambil masa 3 minit sahaja)          Untuk pengetahuan semua, kolej ini merupakan kolej atlet. Ini menyebabkan persaingan untuk dipilih masuk ke kolej ni sangat sengit. Jadi, penghuni-pen...

FEP UKM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN  PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FEP, UKM: - Perakaunan ( Tahun 2 ) - Pentadbiran Perniagaan - Ekonomi - Keusahawan dan Inovasi 1) PERAKAUNAN Kos ini akan dikhususkan pada tahun ke-2. Pelajar yang inginkan kos ini perlulah mengambil kos pentadbiran perniagaan dan ekonomi tetapi dia akan memberi pengkhususan kepada pelajar pentadbiran perniagaan dahulu. Pelajar juga perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya pointer 3.3 pada semester pertama dan mendapat A dalam subjek Perakaunan. Pelajar kemudian akan perlu menjalani temuduga juga untuk memohon kos ini. Semoga berjaya siapa yang ingin mohon kos ini. Selain itu juga kos ini akan mengambil masa 4 tahun pengajian. 2) PENTADBIRAN PERNIAGAAN Kos ini akan diambil pada tahun 1. Kita akan belajar sebanyak 2 semester dan ada short sem. Ya untuk pengetahuan kos bagi fakulti ini akan mengambil short semester. Pada tahun 2 kita akan dikhususkan kepada 4 kos iaitu kewangan, ...

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

                   Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan universiti awam yang ditubuhkan atas hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah universiti "kebangsaan" diwujudkan di negara ini. Warga UKM pada hari ini perlu memastikan semangat kebangsaan terus diperjuangkan.  Fakulti-fakulti yang terdapat di UKM, Bangi:  💛 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Program yang ditawarkan: - Sarjanamuda Perakaunan dengan kepujian -Sarjanamuda Ekonomi dengan kepujian -Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian -Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian 💛 Fakulti Pengajian Islam Program prasiswazah yang ditawarkan: -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Usuluddin dan Falsafah) -Sarjanamuda Pengajian Islam dengan kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  -Sarjanamuda Pengajian Isl...