Berdasarkan sejarah, 16 Septermber 1963 merupakan hari penubuhan Malaysia yang berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang disaksikan oleh hampir 30,000 orang rakyat Malaysia. Upacara ini diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman. Tarikh bersejarah ini diraikan saban tahun bagi memperingati peristiwa pembentukan negara Malaysia yang berbilang kaum. Tidak ketinggalan juga, UKM juga mengambil kesempatan ini untuk meraikan Hari Malaysia yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku". Sambutan Hari Malaysia di UKM diadakan pada 23 September 2018 bersamaan hari ahad. Bagi mengisi hari sambutan tersebut, pihak universiti mengadakan pertandingan perbarisan yang melibatkan 11 buah kolej kediaman pelajar. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Aminuddin Baki, Kolej Keris Mas, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain, Kolej Burhanuddin Helmi, Koleh Dato Onn, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Ungku Omar, Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Tun Syed Nasir dan Kolej Tun Dr Ismail. Pertandingan perbarisan in...
Bismillahirahmanirrahim . Pada tanggal 31 Julai 2018, aku mendapat perkhabaran gembira daripada UPU bahawa aku diterima masuk ke UKM dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Hanya Allah SWT yang tahu bertapa bersyukurnya aku di saat itu. Berita itu segera aku khabarkan kepada ibu bapaku dan keluargaku, tidak lupa juga kepada guru-guru dan rakan-rakan seperjuanganku semasa di STPM. Jutaan ucapan tahniah dilontarkan kepadaku membuat aku sangat terharu. Aku diarahkan untuk mendaftarkan diri pada 2 September 2018. Aku juga perlu menyediakan beberapa dokumen penting seperti laporan kesihatan diri, gambar passport,salinan sijil lahir dan salinan kad pengenalan kedua ibu bapa. Untuk pengetahuan umum, salinan dokumen-dokumen perlu disahkan oleh kakitangan kerajaan Gred 41 ke atas. Dalam tempoh yang berbaki kurang dari sebulan, ku juga menggunakan masa yang ada untuk membeli kelengkapan diri untuk kegunaan di sana nanti. Keperluan dir...